Resepi Daging Beriani

Resepi Daging Beriani

RESEPI DAGING BERIANI

Bahan - Bahan:

  • 1 Kg Daging
  • 2 Cawan Air (rebus daging)
  • 1 Tin Susu Cair (390g)
  • 150gm Tomato Puri
  • 250gm Minyak Sapi
  • 50gm Gajus
  • 100gm Kismis
  • 100gm Gula Melaka
  • 1 Paket Rempah Beriani SERNAN 110g
  • 50gm Rempah Tumis
  • 10gm Daun Pudina
  • 10gm Daun Ketumbar
  • 10gm Daun Sup
  • 2 Biji Buah Tomato (dibelah 2)
  • 2 Biji Limau Nipis
  • Garam & Gula

Bahan - Bahan Kisar:

  • 200gm Bawang Besar
  • 200gm Bawang Kecil
  • 30gm Bawang Putih
  • 2 Inci Halia

 

Cara - Cara Memasak

  • 1. Perahkan limau nipis ke dalam susu cair. Kacau dan biarkan selama 10minit hingga pekat untuk dijadikan tairu.
  • 2. Rebus daging sehingga separuh masak. Toskan dan ketepikan.
  • 3. Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Masukkan bahan - bahan kisar dan rempah tumis ke dalam periuk. Tumis sehingga wangi.
  • 4. Masukkan rempah beriani SERNAN ke dalam periuk. Tumis sehingga wangi dan pecah minyak.
  • 5. Masukkan air rebusan daging ke dalam periuk.
  • 6. Masukkan tomato puri, tairu dan gula melaka ke dalam periuk. Kacau rata. Biarkan sehingga mendidih.
  • 7. Masukkan daging, kismis dan gajus ke dalam periuk. Biarkan sehingga daging masak. 
  • 8. Masukkan buah tomato, daun pudina, daun ketumbar dan daun sup ke dalam periuk. Biarkan sehingga buah tomato sedikit empuk.
  • 9. Tutup api. Masukkan gula dan garam secukup rasa ke dalam periuk. Kacau rata.
  • 10. Sedia untuk dihidangkan.

Powered by Froala Editor