• Rempah Masak Merah Instagram Size
1

SERNAN Rempah Masak Merah 70gm

Regular price
RM 3.50
Sale price
RM 3.50
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | SERNAN
Worldwide shipping
Secure payments | SERNAN
Secure payments
Fast Delivery | SERNAN
Fast Delivery

Resepi Ayam Masak Merah

  • 1 ekor Ayam
  • 2 paket Rempah Masak Merah SERNAN
  • Sedikit rempah tumis
  • 2 sudu Sos Cili
  • 1 cawan Susu Cair
  • Sedikit Air
  • 3 biji Buah Tomato - dipotong 4
  • 2 sudu Kacang Peas
  • 2 sudu Tomato Puri
  • 160ml Tomato Jus 
  • 5 helai Daun Bawang
  • 1 tangkai Daun Saderi
  • Sedikit Bawang Goreng
  • Sedikit Minyak Masak
  • Garam secukup rasa

Bahan - Bahan Kisar

  • 4 biji Bawang Besar
  • 4 biji Bawang Kecil
  • 5 biji Bawang Putih
  • 1 inci Halia

Cara - Cara Memasak:

  1. Goreng ayam sehingga separuh masak.
  2. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan bahan-bahan kisar dan rempah tumis ke dalam periuk. Tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan rempah masak merah SERNAN ke dalam periuk. Tumis sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan susu cair, tomato puri, tomato jus dan sos cili ke dalam periuk. Kacau rata.
  5. Masukkan ayam goreng ke dalam periuk. Kemudian masukkan air. Kacau rata. Biarkan sehingga ayam masak sepenuhnya dan kuah menjadi sedikit pekat.
  6. Masukkan buah tomato dan kacang peas ke dalam periuk. Biarkan sehingga tomato dan kacang peas menjadi empuk.
  7. Tutup api. Kemudian masukkan garam ke dalam periuk. Kacau sehingga rata.
  8. Taburkan bawang goreng, daun saderi dan daun bawang sebagai hiasan.
  9. Sedia untuk dihidangkan.

Powered by Froala Editor